Exco Dewan Pemuda PAS Pusat mengadap Tuanku Raja Nazrin Syah di Istana

Syabas buat DPPP dan DPP PAS Perak di atas kejayaan melaksanakan muktamar di Stadium Indera Mulia, Ipoh bermula malam tadi. Bermula pagi nanti-14 Ogos, para perwakilan dari seluruh negara akan membahaskan ucapan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat-YB Salahuddin Ayub yang tel;ah dibentangkan pada malam tadi.

Setelah saya meneliti ucapan YB Ketua Pemuda, dapat saya simpulkan seperti berikut :

1) Jangan leka dengan kemenangan, sebaliknya perancangan yang rapi untuk mengisi kemenangan perlu dibuat. Lebih penting program tarbiyyah jangan diabaikan di negeri-negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat.

2) PAS perlu tampil dengan pakej kepimpinan berkebajikan yang mengutamakan kepentingan rakyat. Juga berfikir sebagai pembuat dasar yang memelihara maslahah rakyat dan bukan lagi dengan mentaliti pembangkang di negeri yang dikuasai.

3) Kita mengalami pelbagai pahit maung dalam berjuang mendaulatkan Islam di negara. Justeru, dengan nikmat kemenangan kini, kita sepatutnya berjuang dengan lebih hebat. Sesungguhnya mempertahankan kemenangan lebih sukar dari mendapat sesuatu kemenangan.

4) Pemuda akan bertegas demi mempertahankan prinsip yang didokong selama ini iaitu ke arah melahirkan sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya, nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredaan Allah.

5) PAS dan pimpinan perlu bijak menangani isu muzakarah atau muqabalah, agar tidak terperangkap dengan propaganda dan dakyah UMNO.

6) Pakatan Rakyat perlu fokus kepada usaha untuk mengukuh kerjasama di antara negeri yang dikuasai agar manfaat berkerajaankan Pakatan Rakyat dirasai oleh rakyat.

7) Wacana ilmiah secara rasional di antara pimpinan pemuda Pakatan Rakyat perlu digerakkan agar setiap pihak memahami prinsip parti masing-masing.

8) Relevankan Kelab Remaja Ibu Kota dan Kelab Penyokong Muda PAS? Kenapa tidak ditubuhkan sahaja sayap kanan kepada Pemuda seperti Syabab Muslim atau Ghulam Muslim?

9) Perkukuhkan perhubungan dengan Allah terutamanya semua ahli dan pendokong jamaah demi memastikan naungan dan redha Allah sentiasa bersama dengan kemenangan yang dianugerahkanNya.

10) Pemerkasaan program tarbiyyah dalam melahirkan pelapis kepimpinan parti amat disokong. Lajnah Tarbiah dan Kepimpinan perlu lebih proaktif dalam merealisasikan hasrat Ketua Pemuda

Semoga sedikit pandangan dari saya yang kerdil ini, dapat diberi perhatian. Selamat bermuktamar buat semua perwakilan pemuda pada tahun 2008 ini dengan suasana yang penuh ukhuwwah, mahabbah dan bermuhasabah.