Debat bersejarah “Hari ini menjadi kerajaan, esok harga minyak turun” pada 15 Julai 2008 di DBP, berjaya membuka mata rakyat tentang kerelevanan pemerintah menaikkan harga minyak. Tajuk di atas hadir kerana :

1) Anwar yang terkenal dengan gaya pidato yang hebat dan body languange yang mantap, tampil dengan hujah yang meyakinkan bagaimana harga minyak boleh diturunkan sebanyak RM0.50. Di antaranya dengan :
a) Mengurangkan standby capacity IPP dari 40 % kepada 20% yang mampu menjimatkan RM 2 bilion.
b) Memperkasa penguatkuasaan terhadap penyeludupan diesel yang menyebabkan kerajaan kerugian RM 800 juta setahun.
c) Mengambil RM 1 billion dari dividen khas Petronas kepada kerajaan yang jumlah keseluruhannya adalah RM 6 billion.
d) Mempertahankan Petronas dan bukan Barisan Nasional yang missmanagement terhadap pulangan lumayan setiap tahun oleh Petronas kepada kerajaan.
e) Tidak menjawab segala tohmahan Shabery kepada beliau.
f) Menjelaskan betapa banyak fitnah kepada beliau terutamanya tentang IPP, bantuan IMF pada 1997 dan kes liwat, tapi beliau tetap yakin tentang kebenaran akan berpihak kepadanya.
g) Meramalkan ekonomi negara akan merudum, inflasi semakin tinggi jika kerajaan tidak mengambil langkah kebijakan ekonomi yang tepat.

2) Shabery kelihatan tiada hujah dan tidak mempertahankan mengapa kerajaan menaikkan harga minyak sehingga RM0.78 bagi petrol dan RM 1 untuk diesel. Sebaliknya hanya menyerang peribadi Anwar dan mengungkit kisah-kisah lama. Membandingkan negara kita dengan Venezuela dan Iran yang harga minyak mereka rendah tetapi tinggi kadar inflasi, seakan tidak kena dengan negara kita yang harga minyak tinggi dan kadar inflasi juga semakin tinggi!

Akhir kalam, debat seumpama ini perlu diteruskan dengan membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan kepentingan rakyat. Ia juga memberi ruang untuk Pakatan Rakyat menyampaikan pandangan alternatif kepada Barisan Nasional agar dapat dinilai oleh rakyat