Dari kerana mata…yang mempunyai kuasaOh…aku tergoda, aku tergoda, terkeciwadan,Oh nona ku Azizah…Begitulah antara lirik dari dua rangkap lagu yang berbeza, yang popular dan sinonim dengan perjuangan reformasi-Anwar- Azizah. Bahkan Bung Nuar sebelum ini sering juga menyanyikannya. Begitulah signifikannya kedua-dua bait lagu ini.Seimbas zaman Reformasi 98 lalu, zaman yang cukup kuat membangkitkan semangat anak-anak muda yang punya jati perjuangan dan celik kebobrokan penguasa rejim UMNO-BN.
Seakan suis, faktor Bung Nuar ketika itu cukup kuat meledakkan semangat pejuang-pejuang.Hari ini, hal yang sama berlaku kepada Bung Nuar. Tapi yang hairannya, pejuang-pejuang yang sama ini seolah-olah sudah luntur semangat dan daya juang mereka. Pelik yang amat, di saat kebencian rakyat kepada penguasa rejim BN-UMNO telah diterjemahkan ke dalam bentuk undi protes yang bukan kepalang dan besar.
Harus diakui bahawa kedudukan UMNO pada hari ini sebenarnya sangat rapuh dengan pelbagai masalah dalaman yang kritikal, yang tidak mungkin dapat diubati lagi.Bung Nuar yang pernah mengkhianati (maafkan saya andai ini kasar) cita-cita perjuangan rakan-rakannya di dalam ABIM suatu ketika dulu, diterima baik di dalam UMNO untuk seketika dan kemudiannya disingkirkan secara hina. Kini telah kembali searus bersama rakan-rakannya dulu seperti TG Hj Hadi Awang dan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat (juga Almarhum Ustaz Fadzil Noor) walaupun bukan lagi di dalam satu wadah yang sama.
Jujur untuk diluahkan, sebilangan besar pejuang Islam masih mengharapkan Bung Nuar untuk kembali bersama memenuhi saf perjuangan berlandaskan Islam. Ini kerana dengan Islam sahaja kita selamat. Dengan Islam sahaja juga Bung Nuar akan selamat.Dari bab yang lain, sang isteri – Kak Wan yang begitu setia, telah meneruskan perjuangan suaminya Bung Nuar. Kak Wan yang selama ini tidak pernah berpolitik , pernah menjadi isteri kepada Timbalan Perdana Menteri kepada rejim penguasa UMNO-BN, tampil mengetuai Parti Keadilan yang dibentuk ketika itu atas semangat protes/ketidakpuasa n hati penyokong Bung Nuar semata-mata.
Kesetiaan dan kecekalan Kak Wan amat disanjung tinggi dan harapnya diperhitung dan terbalas semuanya kalau tidak oleh si manusia pun, Tuhan si manusia amat luas dan rapi perkiraan dan ganjarannya atas ketabahan Kak Wan sebagai isteri, ibu dan rakyat yang bertanggungjawab.Parti Keadilan di bawah kepimpinan Kak Wan boleh dianggap berjaya sehingga ke hari ini, setia ditemani dan dibantu oleh rakan Barisan ALternatif terutamnya PAS sebagai gagasan induk kepada persefahaman politik yang dikemudi oleh Almarhum Presiden PAS ketika itu, Almarhum Ustaz Fadzil Noor.
Perjuangan Ustaz Fadzil ketika itu boleh diterjemahkan ke dalam beberapa pendekatan dan maksud yang positif. Beliau yang selaku rakan awal dan rakan rapat perjuangan Bung Nuar semasa di dalam ABIM. Beliau yang selaku ketua Parti Islam yang diamanahkan untuk membela nasib ummah, telah mengembleng segala pendekatan dan usaha ke arah persefahaman dan pengukuhan perjuangan parti-parti pembangkang pada hari ini. Beliau yang telah menyambung tali perjuangan Bung Nuar yang sebelum itu pernah di letakkan harapan oleh pejuang-pejuang Islam dan pejuang-pejuang Reformasi Awal. Beliau kekal dan istiqomah dengan perjuangan Islam yang akhirnya perjuangannya itulah yang juga telah menyelamatkan Bung Nuar dan perjuangan menegakkan Islam dan keadilan pada hari ini.
Seakan pintu yang dulu pernah diketuk, ditutup dan kini dibuka kali kedua telah membolehkan udara segar masuk memenuhi segenap sendi perjuangan meninggikan Islam dan menegakkan keadilan telah terjelma. Bung Nuar telah diangkat untuk menjadi tali teraju versi kedua perjuangan asalnya. Bukan sahaja pintunya telah terbuka luas, bahkan sebegitu ramai pejuang-pejuang Islam dan pejuang-pejuang keadilan telah menobatkan diri mereka untuk tidak ketinggalan dalam siri-siri perjuangan kali ini.
Perjuangan yang masih lagi sukar dan berliku walau di saat UMNO-BN seperti keadaannya telur di hujung tanduk.Namun rasa cemas masih menyelubungi kami pejuang-pejuang itu. Setiap kali atau apa saja yang berlaku tidak lagi dirasakan seperti dahulu. Kepercayaan seakan-akan sedikit terhakis, seolah-olah segala yang berlaku seperti sudah ada skrip yang di tulis oleh mereka yang ingin menyelamatkan kedudukan seseorang, dan juga oleh orang yang ingin mengambil kesempatan.Kami pejuang-pejuang Islam dan pejuang-pejuang keadilan tidak lagi sering berasa bangga atau hebat untuk berada dalam perjuangan dan membela seperti dulu.
Bukan kepada perjuangan kami, tapi kepada apakah perjuangan ini hendak di bawa, ke mana sudahnya?Apakah lagu yang dikenang tadi akan turut dikenang sebagaimana orang yang boleh berubah hatinya?Dari kerana mata…yang mengundangi kuasaOh…aku tergoda, aku tergoda, terkesimadan, tinggallah Oh nona ku Azizah…

Sumber (http://pi-kir-ar.blogspot.com – ilriady al-kelantani)