Nasihat yang diberikan oleh syed said hawa’ yang merupakan ulama’ besar pada kurun ini ditakdirkan oleh Allah swt bahawa ilmu beliau itu dapat dimanfaatkan bukan sahaja dengan tulisan2 beliau. Bahkan dari murid2 beliau yang pada hari ni menjadi pimpinan2 kepada jemaah parti islam semalaysia pas. Di mana beliau didalam bukunya JundulLah tafakkatalLahu affatan – tentera Allah daripada aspek ilmu pengetahuannya dan aspek tingkahlakunya. Berdasarkan pengalaman dan ilmu beliau bersungguh2 memperingatkan kepada umat islam dan gerakan islam supaya mereka memberikan penekanan yang bersangatan didalam aspek penguasahan ilmu sebagai suatu usaha untuk mengujudkan peralihan minda “bring worse” supaya mereka tidak lagi berfikir mengikut program berfikir yang disusun oleh barat. Dan unutk melakukan perubahan ini, tidak memadahi dengan sekadar penbacaan2 ringan tetapi beliau menasihati bahawa proses menuntut ilmu secara yang serius, yang perlu digerakkan sendiri oleh gerakan2 islam pada kurun ini. Dan beliau telah menggariskan beberapa ilmu yang perlu didedahkan kepada masyarakat supaya mereka mendekati semula islam dan memahami islam dari pintu-pintu ilmu. Memahami balik apa makna perjuangan itu sendiri dari kaca mata islam. Memahai aspek2 yang berhubung dengan pemerintahan, ekonomi, pemikiran, nilai, muamalat dan lain2 itu semua mestilah didasarkan kepada titik tolak yang ditunjukkan oleh ilmu islam. Bukan berdasarkan pemikiran barat. Untuk mencapai maksud itu beliau mencadangkan supaya didedahkan kepada umat islam melalui kuliah2. Sebanyak 13 ilmu yang penting iaitu: –

01) At-tadris usul as-salasa, kena belajar balik mengenal Allah, mengenal Rasul & mengenal islam. Buku yang menerangkannya dalam konteks semasa. Maknanya hendaklah menzahirkan keagungan dan kebesaran Allah. Al-yakin, menimbulkan balik yakin. yakin bahawa segala perkara  daripada Allah, ia mesti sesuatu perkara bagi orang islam menerimanya tanpa bicara. mempelajari iman sebelum al qur’an

02) Belajar balik Al-Qur’an, sama ada melalui tajwidnya sampai kepada maksudnya (tafsir). Kita hendaklah belajar balik Al-Qur’an sehingga kita tiada keterpisahan antara kita dengan Al-Qur’an.

03) Halaqah iaitu mempelajari Sunnah

04) Usul Fiqh

05) Aqidah, sama ada cara lama (sifat 20) atau cara baru (Uluhiyyah Rubbubiyyah).

06) Pengajian Feqah

07) ilmu Akhlak atau Tasauf

08) Pengajian bahasa arab supaya kita boleh mempelajari kitab-kitab arab. Ini akan mendedahkan kita kepada

09) At-Ta’amu ‘alal islam iaitu perancangan jahat musuh-musuh islam terhadap islam.

10) Mempelajari tarikhul islam iaitu sejarah islam yang bertolak daripada sirah RasululLah SAW.

11) Mempelajari hal keadaan dunia islam pada hari ini. Apa yang dilakukan umat islam di bosnia dahulu, di palestin. mempelajari situasi yang berlaku oleh mereka.

12) mempelajari kajian-kajian semasa berhubung dengan perkembangan terbaru menurut pandangan islam seperti masalah perubatan moden, teori pentadbiran ekonomi, perubahan terbaru, pengklonan, saham, bon. apa dia?

13) fiqqul Dakwah

Kesemua ilmu tadi kita kena pelajari dan kalau boleh menjadi tak guru salah satu daripada 13 cabang ilmu tadi. Nak mempelajari semua, masa hidup kita terbatas. Sekurang2nya kita boleh jadi manafaat kepada orang lagi dan bentuk manafaat yang besarnya adalah manafaat ilmu. Kena tumpuh semua secara mendatar dan kuasai salah satunya